Bekas Suami Anne Ngasri Selamat Bertunang
Bekas suami kepada aktres Anne Ngasri, Wafi telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama Rafeda Razif pada 28 Oktober lalu yang baru sahaja berkenalan awal tahun ini.
Menurut sumber yang kami perolehi, Rafeda merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat produksi yang banyak menerbitkan doku-drama dan turut dinyatakan juga majlis pernikahan akan dilangsungkan pada hujung tahun ini. Semoga perkahwinan kelak diberkati dan kekal hingga hujung nyawa.
