Gambar Ketegangan Berlaku Di Lawas, Sarawak

 

Menurut sumber yang kami perolehi, ketegangan berlaku di bandar Lawas disebabkan orang bangsa Lum Bawang ingin membuat pembalasan terhadap pembunuh mendiang yang dikatakan dari kampung Belimbing dan telah dileraikan oleh polis yang tiba sejurus kemudian.

Kekecohan ini bermula apabila seorang pemuda Lum Bawang bernama Edwin Singa Pelipus, 19 telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya kemudian dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu iaitu pada 21 September 2012 kira-kira jam 7 malam di hadapan sebuah cyber cafe dan mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan punca pergaduhan dipercayai bermotifkan dendam.

Dan difahamkan, kes bunuh ini adalah kerana suspek di bawah pengaruh dadah. Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan menurut beberapa sumber menyatakan pembunuh adalah lebih dari seorang dan 11 suspek kini ditahan pihak polis Lawas bagi membantu siasatan.

Dipetik pula dari laporan Borneo Post, kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah Lawas.

Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.

Berikut adalah galeri penuh gambar ketegangan di bandar Lawas, Sarawak.

 


Komen

komen

PADA 26/09/2012
DISKUSI 2 Komen

2 Respon

  1. Jabatan Penerangan Lawas says:

    Kenyataan Keadaan di Lawas adalah seperti berikut :
    Tidak berlaku sebarang rusuhan mahupun kes tembak menembak seperti yang digembar-gemburkan oleh media maya, apa yang berlaku adalah pihak keluarga mangsa dan masyarakat umum bukan hanya dari suku kaum lun bawang tapi juga melibatkan bangsa lain yang mahu agar kes ini disiasat dengan telus agar mereka yang bersalah dikenakan hukuman yang setimpal.
    Jabatan Penerangan telah menyertai rally ini dan melihat semua yang hadir mahukan kemakmuran serta kesejahteraan untuk lawas.Kita bersama doakan semoga perpaduan ini terus terjalin ke arah mewujudkan negara yang aman dan makmur.Hari ini Bandar lawas dan kawasan sekitarnya beroperasi seperti biasa.Terima Kasih.

  2. nisvin says:

    harap2 begitulah. . . . klu mau blas dendam pun agak2 lh bh…jgn lh libat kn orang lain menyusah kan tau kh…bisnes pun xjln klu mca nie….orang cari duit bh yg lalu tu dh lah…kenteraman harus d utamakan faham…kta nie kan 1 malysia. . ..
    peace lawas!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>